AM

Karnival IMAT Parlimen Alor Gajah Ditangguh Ekoran Ribut Tropika Senyar

28/11/2025 05:10 PM

ALOR GAJAH, 28 Nov (Bernama) -- Karnival Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) Parlimen Alor Gajah yang sepatutnya berlangsung pada esok di Dataran Keris di sini ditangguhkan ekoran fenomena ribut tropika Senyar.

Menurut kenyataan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka, penangguhan itu sebagai langkah berwaspada ekoran ribut berkenaan yang kini memberikan kesan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

"Keutamaan kami ialah keselamatan pengunjung, peniaga dan semua pihak terlibat dalam penganjuran Karnival IMAT.

"Segala kesulitan amat kami kesali dan tarikh baharu penganjuran karnival itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi Unit Korporat dan Advokasi agensi berkenaan menerusi talian 06-60330004.

Semalam, media melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip mengumumkan ribut tropika Senyar dikesan memasuki perairan Selat Melaka sejak 3.30 petang semalam.

Ia dijangka menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri barat dan tengah Semenanjung mulai semalam hingga Sabtu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan