DUNIA

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Taufan Ditwah Di Sri Lanka - Suruhanjaya Tinggi

01/12/2025 07:13 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Colombo memaklumkan bahawa tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas susulan Taufan Ditwah yang melanda beberapa kawasan di Sri Lanka dengan hujan lebat, banjir dan tanah runtuh.

Dalam satu kenyataan, suruhanjaya itu berkata situasi tersebut adalah berdasarkan laporan terkini pada Isnin (1 Dis).

Suruhanjaya Tinggi turut menggesa rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular supaya menghubungi pejabat Suruhanjaya Tinggi di alamat 26A/5, Alwis Place, Colombo 3, Sri Lanka, atau melalui talian +94 11 755 7711/12/13 atau WhatsApp di +94 77 003 0303.

Suruhanjaya Tinggi berkata mereka yang memerlukan bantuan juga boleh menghubungi melalui e-mel di mwcolombo@kln.gov.my dan info.hcmlsl@gmail.com.

Pada Jumaat (28 Nov), suruhanjaya itu menasihatkan rakyat Malaysia di Sri Lanka supaya berhati-hati memandangkan Taufan Ditwah dijangka membawa keadaan cuaca buruk ke seluruh pulau itu.

-- BERNAMA

 

TAG:


NBA2 MAS KLS


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan