DUNIA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

01/12/2025 08:31 PM

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2025 meningkat 8.0 mata kepada 1,631.50, kontrak Januari 2026 berada pada 1,634, kontrak Mac 2026 naik 7.5 mata kepada 1,615.50, manakala kontrak Jun 2026 menokok 7.0 mata kepada 1,620.50.

Jumlah dagangan bagaimanapun merosot kepada 8,867 lot daripada 25,401 lot pada Khamis minggu lalu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 45,050 kontrak berbanding 68,288 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 20.10 mata, atau 1.25 peratus kepada 1,624.57 daripada 1,604.47 ketika ditutup pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan