JENAYAH & MAHKAMAH

Tukang Masak Maut, Kereta Terjunam Dalam Sungai

03/12/2025 03:39 PM

SUNGAI PETANI, 3 Dis (Bernama) -- Seorang tukang masak maut, manakala rakannya cedera setelah kenderaan dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jalan Pengkalan, dekat sini pada tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hanyan Ramlan berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian terbabit pada 12.55 tengah malam.

"Mangsa, Loo Eng Huat, 34, yang memandu kereta jenis Toyota Vios berwarna hitam, gagal menyelamatkan diri selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam sungai ketika melalui sebuah jambatan di lokasi kejadian.

"Penumpang kereta, Ooi Jing Huang, 30, juga bekerja sebagai tukang masak dilaporkan mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hanyan berkata siasatan awal mendapati kereta dari arah Riverfront Sungai Petani menghala ke arah Taman Intan itu hilang kawalan sebelum terlanggar penghadang besi jambatan, lalu terbabas ke dalam sungai.

"Penumpang sempat keluar dari kereta sebelum tenggelam, manakala bomba mengeluarkan pemandu yang kemudiannya disahkan telah meninggal dunia dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat," katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan