Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini berbanding keuntungan sebelumnya di tengah-tengah jangkaan peningkatan dalam inventori, kata peniaga minyak sawit David Ng.
Menurut beliau, jangkaan lambakan dalam stok telah menjejaskan sentimen pasaran.
"Kami melihat sokongan melebihi paras RM4,000 dan rintangan pada RM4,180," kata Ng kepada Bernama.
Pada penutup, kontrak Disember 2025, Januari 2026 serta Februari 2026 masing-masing merosot sebanyak RM6 kepada RM4,090 setan, RM4,140 setan dan RM4,153 setan.
Kontrak Mac jatuh RM8 kepada RM4,165 setan, April 2025 susut RM3 kepada RM4,173 setan, manakala Mei 2026 adalah RM7 lebih rendah pada RM4,165 setan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 68,758 lot berbanding 64,559 yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 272,607 kontrak daripada 227,917.
Harga MSM fizikal untuk Disember Selatan kekal tidak berubah pada RM4,130 setan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial