SUKAN

PUMA, FAM Lancar Jersi Ketiga Harimau Malaya

04/12/2025 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PUMA Malaysia hari ini melancarkan jersi ketiga skuad Harimau Malaya bagi musim ini, yang menggabungkan inovasi prestasi dengan elemen reka bentuk moden dan segar.

Pengurus Negara PUMA Malaysia Steven Tan berkata jersi yang menampilkan kombinasi warna biru dan merah itu menggunakan tema ‘Bangkit Bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

“Edisi ini turut menampilkan padanan warna baharu bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak Malaysia - keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” katanya dalam kenyataan FAM hari ini.

Pelancaran jersi ketiga pasukan kebangsaan itu melengkapkan rangkaian jersi musim ini selepas jersi tuan rumah dan jersi tempat lawan masing-masing dilancarkan awal tahun ini.

Jersi yang dilengkapi teknologi prestasi dan kelestarian terkini PUMA itu kini boleh didapati pada harga RM319 di laman web PUMA.com, Kedai PUMA serta beberapa kedai terpilih Al-Ikhsan dan Football Republic.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan