AM

LPPSA, KPKT Integrasi Sistem Bagi Percepat Proses Permohonan Pembiayaan

04/12/2025 08:41 PM

PUTRAJAYA, 4 Dis (Bernama) -- Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi melaksanakan integrasi Sistem Pengurusan Pembiayaan (LMS) dengan Sistem Pengurusan Berintegrasi Perumahan (HIMS).

Menurut kenyataan LPPSA, pengintegrasian kedua-dua sistem itu dijangka mempercepatkan proses permohonan pembiayaan bagi penjawat awam melalui capaian terus kepada maklumat pemaju, projek hartanah, status projek, serta maklumat berkaitan pemajuan yang dibekalkan kepada LPPSA.

Integrasi ini juga diharap dapat mengelakkan unsur penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab melalui penyemakan lesen pemaju dan permit projek yang tamat tempoh, selain mengelakkan manipulasi harga jualan hartanah berbanding harga yang didaftarkan dengan KPKT.

“Ini secara tidak langsung dapat menjaga kepentingan penjawat awam daripada ditipu pihak tidak bertanggungjawab serta membantu pengurusan risiko bagi LPPSA dan KPKT.

“Perkembangan pesat teknologi terkini dan proses digitalisasi melalui integrasi sistem akan membantu penjawat awam mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini tanpa sebarang halangan pada bila-bila masa. Selain itu, ia turut melancarkan urusan kerja harian dan menjimatkan masa,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan