AM

PM Merafak Sembah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor

11/12/2025 11:48 AM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini. 

“Merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah AlHaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah AlHaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook. 

Beliau turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin serta seluruh kerabat diraja terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan serta kekal qarar memayungi rakyat Selangor.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan