SUKAN

Agong Zahir Ucapan Tahniah Kepada JDT Juarai Piala FA Kali Keempat Berturut-turut

14/12/2025 11:38 PM

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan menjuarai Piala FA buat kali keempat berturut-turut.

Menerusi hantaran di Facebook, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan atas sokongan padu yang sentiasa diberikan rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.

Sultan Ibrahim juga bertitah semoga kejayaan berkenaan menjadi pemangkin kepada prestasi lebih cemerlang pada masa akan datang serta inspirasi kepada pembangunan sukan bola sepak negara.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini, JDT  menewaskan Sabah FC 5-0.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan