POLITIK

Adam Adli Pangku Tugas Pengerusi MPN Melaka

16/12/2025 01:12 PM

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Melaka Adam Adli Abd Halim, akan memangku tugas Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Pengerusi MPN Melaka berkuat kuasa semalam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh, menerusi satu kenyataan hari ini.

"Jawatan Shamsul Iskandar sebagai Ketua Cabang Hang Tuah Jaya kekal," katanya.

Pada 5 Dis lepas, bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas satu pertuduhan rasuah berjumlah RM64,924 melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Shamsul Iskandar, 50, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini sehari sebelumnya atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM176,829.03, yang juga melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.

Pada November lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri dengan alasan adanya cubaan menyerangnya melalui perkara yang boleh menjatuhkan imej Kerajaan MADANI.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan