JENAYAH & MAHKAMAH

Gagal Perbaharui LKM, JPJ Sita Lamborghini Huracan Bernilai RM4 Juta

16/12/2025 08:28 PM

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Sebuah Lamborghini Huracan bernilai lebih RM4 juta antara 78 kenderaan mewah yang disita dalam Ops Luxury 4.0 di seluruh negara sejak Jumaat lepas hingga semalam, kerana tidak mempunyai perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata LKM kereta berkenaan tidak diperbaharui sejak Disember tahun lepas dengan tunggakan berjumlah RM35,760.

"Sejak Ops Luxury dijalankan pada 1 Julai lepas, sebanyak 706 kenderaan mewah disita dan semuanya disimpan di depoh sitaan JPJ di seluruh negara mengikut Seksyen 64 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan-peraturan berkaitan," katanya dalam sidang media di depoh sitaan JPJ Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata pihaknya turut mengesan kesalahan lain antaranya tidak mempunyai lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan milik kenderaan lain.

Kenderaan yang disita hanya boleh dibawa keluar selepas pemilik menyelesaikan saman, memperbaharui LKM serta perlindungan insurans dan pihak JPJ tidak akan berkompromi terhadap pihak yang culas. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan