SUKAN

Sukan SEA: Skuad MLBB Wanita Negara Cipta Sejarah Rangkul Emas

17/12/2025 10:28 PM

BANGKOK, 17 Dis (Bernama) -- Skuad Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) wanita negara mencipta sejarah apabila meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan itu selepas menewaskan Filipina pada perlawanan akhir di Universiti Chulalongkorn di sini hari ini.

Pasukan kebangsaan yang dibarisi Qurratul Ain Nurfarisha Nizam, Afrina Balqis Ibdhi Har Ali, Hanis Wahidah Dashuki, Queenie Lim dan Sharifah Alia Husna Syed Fakrrurozi menampilkan aksi cemerlang untuk menundukkan pasukan pilihan Filipina 4-3.

Kejayaan itu merupakan pingat emas sulung Malaysia dalam acara MLBB wanita sejak ia dipertandingkan pada Sukan SEA Phnom Penh 2023, apabila skuad negara ketika itu sekadar meraih pingat gangsa.

Ia juga menandakan pingat emas pertama negara dalam acara MLBB sejak permainan tersebut diperkenalkan pada Sukan SEA Manila 2019.

Selain itu, kemenangan berkenaan menjadi pingat emas pertama Malaysia dalam acara e-sukan sejak edisi 2019, apabila Dr Yew Weng Kean memenangi acara Hearthstone.

Terdahulu, skuad MLBB lelaki negara terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tewas 0-4 kepada Filipina pada perlawanan akhir.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan