AM

Sultan Nazrin Berkenan Kurnia Watikah Pelantikan Ydp MAIPk Bagi Penggal 2026-2027

18/12/2025 02:14 PM

IPOH, 18 Dis (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini bagi penggal 2026-2027. 

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan anggota MAIPk, hakim mahkamah syariah Perak serta anggota Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak. 

Terdahulu, penerimaan watikah didahului Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad selaku Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak diikuti Mohd Annuar serta lima anggota majlis iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suadi Abdul Rahim; Penasihat Undang-Undang Negeri Perak Datuk Azmir Shah Zainal Abidin; Pegawai Kewangan Negeri Perak Datuk Mohd Zaki Mahyudi; Ketua Hakim Syarie Negeri Perak Datuk Ab Rahman Thobroni Mohd Mansor; serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Turut menerima watikah 21 anggota pada penggal lepas yang dilantik semula serta lima anggota baharu dilantik bagi penggal 2026-2027.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 55 anggota Majlis Perundingan Masjid Negeri Perak, selain kepada Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Tan Sri Balia Yusof Wahi yang dilantik sebagai sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak serta 12 yang lain. 

Baginda kemudian turut berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada 11 syarikat korporat berjumlah RM18,400,115.12.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan