DUNIA

Inter Miami Lanjut Kontrak Luis Suarez

18/12/2025 06:33 PM

WASHINGTON, Dis 18 (Bernama-Xinhua) -- Inter Miami telah melanjutkan kontrak penyerang veteran Uruguay Luis Suarez untuk satu musim lagi, menurut kelab Major League Soccer (MLS) itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Suarez telah menjaringkan 42 gol dan mencatat 29 bantuan gol daripada 87 perlawanan dalam semua pertandingan sejak menyertai kelab itu menerusi perpindahan secara percuma pada Januari 2024.

Pemain berusia 38 tahun itu, yang kontrak asalnya dijadual tamat pada 31 Disember telah membuat 50 penampilan pada 2025 dengan menjaringkan 17 gol sekali gus membantu kelab itu merangkul kejuaraan Piala MLS pertama mereka.

“Inter Miami telah menandatangani penyerang legenda Luis Suarez dengan kontrak baharu sehingga musim MLS 2026,” menurut kenyataan di laman sesawang kelab Florida itu.

Karier profesional Suarez selama 20 tahun turut menyaksikan beliau beraksi bersama beberapa kelab ternama, termasuk Ajax, Liverpool, Barcelona dan Atletico Madrid.

Beliau merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Uruguay dengan 69 gol daripada 143 penampilan antarabangsa.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan