KOTA BHARU, 18 Dis (Bernama) -- Dua beranak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kampung Batu Melintang, Jeli, hari ini
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli Mohammad Asraf Mat Nazi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.59 tengah hari dan kemalangan melibatkan Lexus dan Perodua Alza yang bertembung.
“Akibat perlanggaran itu, Perodua Alza terbalik dan terjatuh ke bawah tebing jalan dengan dua mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Arif Azhari, 39, dan Alif Fitri, 16, manakala pemandu sebuah lagi kenderaan yang berusia 60 tahun mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan awal di tempat kejadian.
Operasi yang melibatkan lapan anggota bomba ditamatkan pada 3.47 petang dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial