Kuala Lumpur, 20 Dis (Bernama) -- Seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan di sini, ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata semakan mendapati, lelaki berusia 40 tahun itu telah mengajar di sekolah berkenaan kira-kira 11 tahun.
“Lelaki terbabit direman enam hari bermula hari ini hingga Khamis depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada 4.16 petang, Selasa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial