NEW DELHI, 21 Dis (Bernama-PTI) -- Sebanyak 97 penerbangan dibatalkan manakala lebih 200 lagi mengalami kelewatan berikutan jarak penglihatan terhad akibat kabus di Lapangan Terbang Delhi pada Ahad, lapor Press Trust of India (PTI).
Seorang pegawai berkata sebanyak 48 penerbangan tiba dan 49 penerbangan berlepas dibatalkan di lapangan terbang berkenaan.
Menurut maklumat terkini di laman sesawang penjejakan penerbangan Flightradar24.com, lebih 200 penerbangan mengalami kelewatan, dengan purata masa kelewatan bagi penerbangan berlepas di lapangan terbang itu adalah sekitar 23 minit.
Dalam satu hantaran di platform X pada tengah hari, pengendali Lapangan Terbang Delhi, Delhi International Airport Limited (DIAL) memaklumkan bahawa operasi berjalan lancar.
DIAL mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi (IGIA), lapangan terbang terbesar di negara itu, yang lazimnya mengendalikan sekitar 1,300 penerbangan setiap hari.
Operasi penerbangan di Delhi dan beberapa lapangan terbang lain terjejas sejak beberapa hari lalu susulan kabus tebal.
-- BERNAMA-PTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial