DUNIA

Hanbit-Nano Milik Innospace Terhempas Selepas Pelancaran Di Brazil

23/12/2025 03:22 PM

SEOUL, 23 Dis (Bernama-Yonhap) -- Roket Hanbit-Nano, roket orbit komersial pertama Korea Selatan, berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran di Brazil pada Selasa (waktu Korea) namun terhempas tidak lama kemudian akibat masalah pada sistem roket itu, menurut pengendalinya Innospace Co., lapor Agensi Berita Yonhap.

Menurut syarikat berkenaan, roket itu dilancarkan dari Alcantara Space Centre pada 10.13 malam Isnin (waktu tempatan).

Bagaimanapun, Innospace memaklumkan roket itu terhempas ke tanah kira-kira 30 saat selepas pelancaran.

Roket berkenaan terhempas di dalam zon keselamatan darat, dan tiada kemalangan jiwa atau kerosakan tambahan dilaporkan.

Rakaman siaran langsung pelancaran di YouTube menunjukkan api muncul sejurus selepas pelancaran, sebelum siaran itu dihentikan tidak lama kemudian.

Roket itu membawa muatan yang merangkumi lima satelit yang dijadual ditempatkan ke orbit rendah pada ketinggian kira-kira 300 kilometer. 

Kenderaan dua peringkat itu menggunakan enjin hibrid dengan daya tujahan 25 tan bagi peringkat pertama, manakala peringkat kedua dikuasakan oleh enjin metana dan oksigen.

Pelancaran telah ditangguhkan sebanyak tiga kali sejak tarikh asal yang ditetapkan pada 22 Nov.

-- BERNAMA-YONHAP


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan