KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holdings Bhd, CBH Engineering Sdn Bhd telah menerima dua surat anugerah (LOA) daripada sebuah syarikat untuk pembangunan stesen pendaratan yang bernilai RM130 juta di pusat data.
CBH Engineering melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu melibatkan reka bentuk, pemasangan dan penyiapan serta pembekalan bahan untuk pengembangan Stesen Pendaratan Pengguna berkapasiti 275 kV (kiloVolt) sedia ada di pusat data yang terletak di wilayah selatan Semenanjung Malaysia.
"Kontrak itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa. Fasa 1 akan bermula pada 23 Dis 2025 iaitu tarikh menandatangani LOA dan dijangka selesai menjelang 30 April 2026.
"Fasa 2 dan 3 akan disiapkan dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh arahan bertulis syarikat tersebut, dengan syarat bahawa arahan tersebut dikeluarkan dalam tempoh sah LOA berkenaan," katanya.
Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan, pendapatan sesaham, aset bersih dan penggearan syarikat sepanjang tempoh kontrak.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial