KUANTAN, 23 Dis (Bernama) -- Polis menahan 12 lelaki Orang Asli kerana disyaki menceroboh ladang sawit milik sebuah syarikat di Kampung Tanam, Rompin hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata kesemua suspek berusia 20 hingga 44 tahun itu ditahan pada 10.30 pagi tadi selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki iaitu wakil syarikat terbabit.
“Lelaki berusia 44 tahun tersebut telah membuat laporan pada 9 pagi berkaitan 12 Orang Asli telah berkumpul di kawasan ladang sawit milik syarikat itu tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan media malam ini.
Justeru, Sharif Shai berkata polis telah menahan kesemua lelaki terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan .
Beliau berkata kesemua tangkapan masih berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin sebelum kes dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut esok.
"Mengikut surat perintah Mahkamah Tinggi Kuantan yang dikeluarkan pada 15 Okt lepas, pihak Orang Asli Kampung Tanam telah diarahkan untuk mengosongkan tanah tersebut dan memberikan milikan tanah kepada syarikat berkenaan,” katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah yang mempunyai pemilikan sah sama ada milik individu atau syarikat dan menasihatkan mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial