KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) memaklumkan bahawa perkhidmatannya sedang mengalami gangguan yang menjejaskan DuitNow, termasuk pembayaran QR, pemindahan wang, pembayaran bil serta transaksi berkaitan.
Menerusi kenyataan di platform X hari ini, Maybank berkata beberapa transaksi berkemungkinan mengambil masa lebih lama atau tergendala untuk sementara waktu.
“Dalam tempoh itu, anda boleh terus menggunakan kemudahan GIRO Antara bank seperti biasa bagi tujuan penghantaran wang.
“Kami sedang mengambil langkah untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas dengan secepat mungkin,” katanya.
Maklumat lanjut atau bantuan boleh diperoleh menerusi mgcc@maybank.com atau menghubungi talian 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial