DUNIA

Kerajaan India Lulus Kemasukan Tiga Syarikat Penerbangan Baharu, Keluarkan NOC

25/12/2025 09:47 AM

NEW DELHI, 24 Dis (Bernama-Xinhua) -- Kerajaan India meluluskan kemasukan tiga syarikat penerbangan baharu dan memberikan kelulusan awal dengan mengeluarkan sijil tiada bantahan (NOC) kepada syarikat terbabit, kata pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.

Tiga syarikat baharu itu ialah Shankh Air, Al Hind Air dan FlyExpress.

Menteri Penerbangan Awam Persekutuan India, Rammohan Naidu Kinjarapu, berkata kementerian itu berusaha menggalakkan lebih banyak syarikat penerbangan dalam industri penerbangan India.

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo, berdepan krisis operasi yang mengakibatkan gangguan besar serta gelombang pembatalan penerbangan.

IndiGo dilaporkan menguasai kira-kira 65 peratus bahagian pasaran, diikuti Kumpulan Air India dengan sekitar 27 peratus, manakala selebihnya lapan peratus dikongsi oleh syarikat penerbangan lain.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan