KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) memaklumkan sejumlah kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak semalam.
Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen tersebut bagaimanapun ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.
“PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami iaitu stesen Petronas yang lain terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas.
“PDB juga bertindak dengan menghubungi pelanggan yang terjejas dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera,” kata syarikat berkenaan.
Syarikat itu berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara ini serta memohon maaf dengan ikhlas kepada semua pelanggan terhadap sebarang kesulitan yang timbul.
Untuk bantuan segera, sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial