AM

Sebuah Lagi PPS Dibuka Di Segamat, Mangsa Banjir Di Johor Kini 148 Orang

29/12/2025 09:56 AM

JOHOR BAHRU, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 148 orang setakat 8 pagi ini berbanding 103 orang semalam, susulan pembukaan sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata pembukaan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tah Kang menjadikan keseluruhan tujuh PPS kini beroperasi di daerah berkenaan, menempatkan 50 keluarga terjejas.

Beliau berkata PPS berkenaan menempatkan 34 mangsa daripada 13 keluarga, manakala selebihnya ditempatkan di enam PPS lain termasuk Balai Raya Kampung Batu Badak, Dewan Serbaguna Kampung Tasek, Balai Raya Kampung Jabi, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Dewan Serbaguna Pekan Air Panas dan Dewan Serbaguna Kampung Orang Asli Segamat Kecil.

Asman Shah turut memaklumkan dua sungai di Segamat telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Muar di Kampung Awat dengan bacaan 20.12 meter dan Sungai Muar di Buloh Kasap (8.59 meter).

Sementara itu, hujan dilaporkan di beberapa daerah termasuk Johor Bahru, Mersing, Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Kulai pagi ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan