DHAKA, 30 Dis (Bernama-Xinhua) — Kerajaan interim Bangladesh mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama tiga hari bermula Rabu susulan pemergian bekas Perdana Menteri, Khaleda Zia, lapor Xinhua.
Kerajaan turut mengisytiharkan Rabu sebagai cuti umum.
Ketua Penasihat kerajaan interim Bangladesh Muhammad Yunus membuat pengumuman itu dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada Selasa.
Zia yang juga Pengerusi Parti Nasionalis Bangladesh, meninggal dunia akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 80 tahun di ibu negara Dhaka pada kira-kira 6 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan parti itu di media sosial.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial