DUNIA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

30/12/2025 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga yang lebih kukuh di COMEX Amerika Syarikat (AS).

Kontrak bulan semerta Disember 2025 susut kepada US$4,371.4 setiap auns troy daripada US$4,467.40 pada Isnin, Januari 2026 turun kepada US$4,392.6 setiap auns troy daripada US$4,486.5 dan kontrak Februari 2026 merosot kepada US$4,408.1 setiap auns troy daripada US$4,502.

Kontrak Mac 2026 susut kepada US$4,424.8 setiap auns troy daripada US$4,518.70 pada Isnin, manakala kontrak April dan Jun 2026 ditutup lebih rendah kepada US$4,442.8 setiap auns troy daripada US$4,536.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 130 lot berbanding 151 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka susut kepada 176 kontrak daripada 209 kontrak sebelumnya.

Menurut penetapan Persatuan Pasaran Bullion London pada 29 Disember 2025 emas fizikal berharga US$4,337.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan