ISTANBUL, 2 Jan (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP31) dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Nov 2026, menurut Kementerian Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim Turkiye, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Sidang kemuncak iklim itu akan diadakan di Antalya selepas Australia menyerahkan hak penganjuran kepada Turkiye serta menarik diri daripada jawatan pengerusi bersama.
“COP31 akan diadakan di Antalya dari 9 hingga 20 Nov 2026. Turkiye akan menjadi pusat diplomasi iklim,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.
Menteri Alam Sekitar, Perbandaran dan Perubahan Iklim Turkiye Murat Kurum dilantik sebagai presiden persidangan berkenaan, menurut kementerian itu.
Pertikaian antara Turkiye dan Australia, yang sebelum ini merancang untuk menganjurkan sidang kemuncak itu, telah berlarutan sejak sekian lama. Pada masa yang sama, Jerman, sebagai negara yang menempatkan pejabat iklim PBB, diwajibkan campur tangan dan sekiranya tiada kompromi dicapai, sidang kemuncak dirancang diadakan di Bonn.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial