| BERITA TERGEMPAR | The Malaysia Economic Forum 2026 will be held on Feb 5 to strengthen the MADANI Economy narrative, ensuring inclusive and sustainable growth -- Economy Minister | |
KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi bukan bebas bukan eksekutif Khee San Bhd (KSB) Datuk Seri Liew Yew Chung atas kerugian salah berjumlah RM7.12 juta ke atas anak syarikat KSB, Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI).
Dalam satu kenyataan, SC berkata Liew berdepan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 317A(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) kerana membatalkan 25 perjanjian pinjaman yang diberikan oleh KSFI kepada 11 individu, dengan niat menyebabkan kerugian salah kepada KSFI.
Kesalahan berkenaan berlaku pada 2019 di Seri Kembangan, Selangor, menurut kenyataan itu.
“Jika disabit kesalahan, Liew berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi 10 tahun, serta denda maksimum RM10 juta,” katanya.
Liew mengaku tidak bersalah ke atas semua 11 pertuduhan di dua mahkamah berasingan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM160,000.
Sementara itu, Hakim Mahkamah Sesyen Azrul Darus membenarkan Liew diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan dua penjamin tempatan, dan diarahkan melapor kepada pegawai penyiasat SC di pejabat SC dua bulan sekali sebagai syarat tambahan ikat jamin.
Liew turut dibenarkan diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin tempatan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norma Ismail, dan juga dikenakan syarat melapor dua bulan sekali.
“SC tidak memohon supaya pasport Liew diserahkan kerana ia telah diserahkan kepada mahkamah dalam satu kes berasingan pada Mei 2025,” kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial