KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Imam Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis Sheikh Ali Umar Yaqoub Abbasi, menzahirkan penghargaan terhadap usaha kerajaan serta rakyat Malaysia yang tidak jemu mendoakan dan menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin, di Gaza mahupun di Al-Quds.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penghargaan berkenaan dinyatakan sendiri oleh Sheikh Ali Umar kepadanya, sewaktu beliau menerima kunjungan tokoh agama itu hari ini.
Anwar berkata dalam pertemuan itu, beliau dan Sheikh Ali Umar turut senada dan sepakat mengenai kepentingan Masjid Al-Aqsa dan masa hadapan Al-Quds.
“Saya turut berkongsi inisiatif yang dijalankan oleh Kerajaan MADANI bagi terus menyokong usaha pembebasan Masjid Al-Aqsa.
“Moga Allah SWT sentiasa memberkati usaha kita untuk terus berdiri bersama saudara-saudara di Palestin, dalam menentang keganasan rejim zionis Israel,” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial