KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) -- Mayat kanak-kanak lelaki lima tahun yang hilang selepas dihanyutkan ombak di Pantai Batu Rakit, Kuala Nerus pada Jumaat lepas ditemukan kira-kira 3 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mayat Muhammad Zarif Hazahari yang dijumpai oleh pasukan penyelamat itu terdampar di atas pasir, kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat anak kelima daripada enam beradik itu kemudiannya dibawa naik oleh anggota penyelamat dengan bantuan penduduk setempat.
"Operasi selama dua hari berjaya menemukan jasad Muhammad Zarif Hazahari yang terdampar di atas pasir Pantai Batu Rakit, kira-kira enam kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.
"Oleh itu, polis menasihati orang awam supaya lebih berhati-hati dan tidak menghampiri kawasan laut atau air pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang belum berakhir," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada Jumaat lepas, Muhammad Zarif Hazahari yang keluar bersiar-siar bersama dengan ibu saudara dan dua sepupunya, dilaporkan hilang selepas dihanyutkan ombak ketika membasuh kaki di pantai itu dalam kejadian pada 6.43 petang.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial