DUNIA

Bolivia: 11 Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya

13/01/2026 06:42 PM

LA PAZ, 13 Jan (Bernama-Xinhua) -- Sekurang-kurangnya 11 sekeluarga maut dan tiga lagi cedera pada Isnin selepas bas mini yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan di lebuh raya di timur Bolivia, menurut polis.

Media tempatan yang dipetik Xinhua melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di Lebuhraya Bioceanic, di laluan antara bandar Puerto Suarez dan Puerto Quijarro di wilayah Santa Cruz.

Menurut Pengarah Trafik Santa Cruz, Martin Arequipa, siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan itu yang dalam perjalanan pulang daripada majlis keluarga, dipandu oleh seorang remaja yang memandu laju sebelum hilang kawalan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan