Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi & Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu didorong peningkatan yang dicatatkan pasaran niaga hadapan getah serantau susulan data ekonomi China yang bertambah baik, kata peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh sejak akhir Mac, susulan penyusutan yen serta apabila pembeli di negara pengguna utama China mengisi semula inventori menjelang cuti Tahun Baharu Cina.
“Pada Rabu, China melaporkan lebihan dagangan yang tinggi iaitu hampir US$1.2 trilion (US$1 = RM4.06) pada 2025, didorong oleh lonjakan eksport ke pasaran bukan Amerika Syarikat apabila pengeluar berusaha membina skala global bagi menangkis tekanan berterusan daripada pentadbiran Donald Trump,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah berikutan jangkaan pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan pada 2026, seperti yang diunjurkan oleh Bank Dunia.
Pada 3 petang, Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat 9.5 sen kepada 767 sen sekilogram manakala lateks pukal naik dua sen kepada 577 sen sekilogram.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial