DUNIA

Bintang One Direction Harry Styles Bakal Lancar Album Baharu

16/01/2026 02:37 PM

LONDON, 16 Jan (Bernama-PA Media/dpa) -- Bintang One Direction Harry Styles mengumumkan pelancaran album baharu selepas empat tahun, lapor PA Media/dpa. 

Penyanyi berusia 31 tahun itu akan mengeluarkan album keempatnya Kiss All The Time. Disco, Occasionally pada 6 Mac ini.

Album yang dihasilkan bersama penerbit eksekutif Kid Harpoon itu kini boleh ditempah daripada laman web artis berkenaan.

Styles bergerak solo selepas beliau dan rakan-rakan One Direction Niall Horan, Liam Payne dan Louis Tomlinson berehat pada 2016, hampir setahun selepas Zayn Malik meninggalkan kumpulan itu.

Antara lagu popular Styles ialah As It Was dan Sign Of The Times.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan