DUNIA

Indonesia Peruntuk 31 Bilion Rupiah Bagi Operasi Modifikasi Cuaca Di Jakarta Pada 2026

17/01/2026 03:07 PM

JAKARTA, 17 Jan (Bernama) -- Pihak berkuasa Indonesia memperuntukkan 31 bilion rupiah bagi Operasi Modifikasi Cuaca (OMC) di Jakarta tahun ini dalam usaha mengurangkan risiko banjir dan musim kemarau berpanjangan.

Ketua Pusat Data dan Teknologi Maklumat Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Jakarta Mohammad Yohan berkata peruntukan itu meningkat daripada peruntukan awal berjumlah 7 bilion rupiah (1 juta rupiah = RM240.1), susulan ramalan trend cuaca dan syor oleh Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Yohan berkata OMC yang dilaksanakan pada musim kemarau akan berbeza daripada yang dijalankan semasa musim hujan, yang menumpukan kepada usaha untuk menggalak hujan di kawasan daratan berbanding di laut, menurut laporan Agensi Berita ANTARA pada Sabtu.

Beliau menambah bahawa jumlah keseluruhan peruntukan itu mungkin tidak akan digunakan sepenuhnya, memandangkan OMC hanya akan dilaksanakan jika keadaan cuaca memerlukan campur tangan sedemikian.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan