KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Lereng bukit setinggi 20 kaki dilaporkan runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang di sini pagi tadi, dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada 9.19 pagi.
Beliau berkata sebuah jentera bersama enam anggota dan sebuah Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi pada 9.28 pagi didapati berlaku runtuhan tanah pada ketinggian 20 kaki, bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan rumah ataupun mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Mukhlis berkata bomba kini menjalankan kerja pemantauan di lokasi runtuhan bagi memastikan keadaan selamat dan tidak membahayakan penduduk kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial