KUALA TERENGGANU, 19 Jan (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan beserta tiga kru warga asing, kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, semalam.
Pengarah APMM Terengganu Kapten Maritim Hamiludin Che Awang berkata bot pukat tunda itu, ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan kira-kira 12.30 tengah hari pada kedudukan 18.2 batu nautika timur laut dari muara Kuala Terengganu.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tiga daripada lima kru bot warga Myanmar gagal mengemukakan dokumen yang sah seperti diwajibkan di bawah peruntukan undang-undang.
“Pemeriksaan mendapati terdapat lima kru termasuk dua warga tempatan dan tiga nelayan Myanmar di atas bot berkenaan.
“Dua warga tempatan termasuk tekong yang berusia 52 tahun dibebaskan selepas diambil keterangan manakala tiga warga Myanmar yang berumur antara 41 hingga 42 tahun, ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamiludin berkata kegagalan mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, satu kesalahan serius dan tidak boleh dikompromi.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial