KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- IJM Corp Bhd hari ini menjelaskan sebilangan kecil akaun bank syarikat itu dikenakan sekatan sementara bagi membantu usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumpulkan maklumat pada masa ini.
Dalam kenyataannya, IJM Corp berkata ini hanya membabitkan kurang daripada 10 akaun bank milik syarikat berkenaan dan tidak menjejaskan operasinya.
“Syarikat ini mahu menjelaskan bahawa langkah ini tidak menjejaskan operasi perniagaan harian IJM. Selain itu, IJM juga memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa mengikut undang-undang serta prosedur berkaitan.
“Kami kekal komited untuk menegakkan tahap tadbir urus, ketelusan dan integriti korporat yang kukuh,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial