Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives melanjutkan momentum meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari ketiga berturut-turut, disokong oleh sentimen pasaran yang lebih baik, kata seorang penganalisis.
Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata sentimen pasaran positif itu dipengaruhi kebanyakannya oleh keuntungan keseluruhan dalam pasaran kewangan.
“Bagaimanapun, peningkatan kukuh ringgit Malaysia mengurangkan sebahagian daripada keuntungan dalam niaga hadapan sawit,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, peniaga proprietari berpangkalan di Kuala Lumpur David Ng dari Iceberg X Sdn Bhd berkata pasaran minyak kacang soya yang lebih kukuh turut memacu pasaran MSM lebih kukuh hari ini.
“Oleh itu, kami melihat paras sokongan bagi harga melebihi RM4,100 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,250 setan metrik,” katanya.
Pada penutupan, kontrak Februari 2026 meningkat RM30 kepada RM4,142 satu tan, Mac 2026 menambah RM42 kepada RM4,184 setan dan April 2026 menokok RM43 kepada RM4,197 satu tan.
Kontrak Mei 2026 menambah RM39 kepada RM4,194 setan, Jun 2026 melonjak RM36 kepada RM4,185 satu tan dan Julai 2026 naik RM35 kepada RM4,173 setan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 93,051 lot daripada 67,587 lot pada Rabu, manakala minat terbuka susut kepada 231,985 kontrak daripada 239,347 sebelumnya.
Harga MSM fizikal untuk Selatan Februari meningkat RM20 kepada RM4,150 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial