AM

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Meninggal Dunia

29/01/2026 09:20 PM

IPOH, 29 Jan (Bernama) -- Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Mohamad Annuar Baharuddin meninggal dunia akibat strok petang tadi. 

Berita pemergian Mohamad Annuar, 70, disahkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng Datuk Hang Tuah Din menerusi hantaran di Facebook. 

"Dengan hiba dan dukacita dimaklumkan Sdr Mohamad Annuar Bin Baharuddin (Pak Nuar), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gopeng baru sahaja menghembus nafas yangg terakhir sebentar tadi di Hospital Avisena, Shah Alam asbab serangan strok. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para syuhada," katanya. 

Sementara itu, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut menitipkan ucapan takziah.

"Semoga Allahyarham diampunkan segalanya dosanya, diterima semua amal ibadatnya dan kita doakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beramal soleh," kata Saarani menerusi laman Facebook.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan