AM

AirBorneo Sedia Berunding Mengenai Waran Tiket Penjawat Awam 

01/02/2026 04:42 PM

KUCHING, 1 Feb (Bernama) -- AirBorneo sedia berunding dengan Kerajaan Persekutuan mengenai menyediakan waran tiket penerbangan buat penjawat awam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata perkara itu juga dalam perancangan syarikat penerbangan milik Kerajaan Negeri Sarawak itu.

“Itu (memperkenalkan waran tiket penerbangan penjawat awam) tidak menjadi masalah, kita boleh runding.

“Kita akan lihat selepas bulan Julai nanti kita akan ada operasi pesawat jet. Jet ini akan menghubungkan Kuching dengan destinasi luar negara termasuk Jepun, Korea Selatan dan juga negara ASEAN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Walk for Health bersama Premier Sarawak di Taman Botani Sarawak di sini, hari ini.

AirBorneo kini menawarkan perkhidmatan ke 21 destinasi sekali gus memastikan sambungan ke pedalaman Sarawak dan Sabah.

AirBornea memulakan operasi komersialnya dengan penerbangan pertama pada 2 Jan lepas setelah mengambil alih daripada MASwings.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan