KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Pintaras Jaya Bhd, Pintaras (East Malaysia) Sdn Bhd memenangi subkontrak bagi cadangan pembinaan jambatan bernilai RM35.5 juta di Kuching, Sarawak.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pembinaan itu berkata skop kerja termasuk kerja-kerja tanah, pemasangan cerucuk, penutup cerucuk, jambatan penampan, kerja struktur atas jambatan dan tiang sambut, dan ia akan bermula serta-merta bagi tempoh 29 bulan.
“Tertakluk kepada keadaan yang tidak dijangka, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan Pintaras Jaya sepanjang tempoh kontrak.
“Kontrak itu tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.
“Kumpulan itu juga berhasrat untuk membiayai kontrak tersebut menerusi dana yang dijana secara dalaman,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial