JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki Maut Jatuh Dalam Kolam Ikan Di Batu Kurau

11/02/2026 08:40 AM

IPOH, 11 Feb (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam ikan miliknya ketika menjala ikan di Batu 20, Kampung Sungai Nangka Jelai di Batu Kurau, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mangsa berusia lingkungan 40-an dan bomba menerima panggilan pada 8.02 malam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata setibanya anggota bomba di tempat kejadian 16 minit kemudian, didapati mangsa terbaring di tebing kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Setelah pasukan perubatan Kementerian Kesihatan tiba, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan.

Operasi bomba tamat pada 9.38 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan