AM

Bekas Jurufoto Bernama Abdul Rahman Meninggal Dunia

11/02/2026 05:31 PM

TANAH MERAH, 11 Feb (Bernama) -- Bekas Jurufoto Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Abdul Rahman Ahamed, 78, meninggal dunia di kediamannya di Taman Seri Jelatok, di sini, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Isteri kedua arwah, Ramaini Jusoh, 61, berkata jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Belimbing di sini selepas solat Zuhur.

"Arwah terlantar dan tidak boleh bangun sejak 16 hari lepas akibat pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi seperti kanser prostat, jantung, paru-paru dan darah tinggi.

"Awal pagi tadi anak tiri arwah, Mohd Khairul Anam Adnan, 35, terjaga dari tidur dan melihat arwah sudah tidak bernafas sebelum memaklumkan kepada kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya hari ini.

 Abdul Rahman meninggalkan dua balu, 13 anak, 11 cucu dan dua cicit.

Beliau berkhidmat dengan Bernama selama 32 tahun, bermula sebagai Pembantu Perpustakaan pada 11 Mei 1971 dan bersara wajib pada 27 Jan 2004 dengan jawatan terakhir sebagai jurufoto.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan