PUTRAJAYA, 11 Feb (Bernama) -- Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan bahawa mata pelajaran Sejarah hanya ditawarkan kepada murid tahun lima dan enam.
Menurut KPM pihaknya mengambil perhatian laporan media mengenai penawaran mata pelajaran Sejarah pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027.
Dalam kenyataan hari ini memaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini telah menjelaskan mengenai kurikulum baharu yang akan bermula pada tahun hadapan melibatkan murid tahun satu dan tingkatan satu.
"Bagi mata pelajaran Sejarah, pada peringkat sekolah rendah ia ditawarkan kepada murid tahun lima dan tahun enam. Manakala pada peringkat sekolah menengah, ia ditawarkan kepada murid bermula di tingkatan satu," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial