AM

Kebebasan Bersuara Dijamin, Jangan Atasi Undang-undang - Anwar

12/02/2026 01:14 PM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai sebuah negara majmuk tetap berpegang teguh kepada prinsip menjunjung keharmonian, menghormati setiap sensitiviti dan sentiasa bergerak dalam jalur hukum.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan berbeza pandangan di negara ini sememangnya dijamin, namun tidak boleh mengatasi kepentingan perpaduan serta kedaulatan undang-undang.

Malaysia hanya akan terus aman dan makmur apabila semua pihak berpegang teguh kepada nilai saling menghormati, mematuhi peraturan dan menolak sebarang tindakan yang menggugat keharmonian nasional,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut berkongsi klip video ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) 2026, di sini malam tadi.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan