DUNIA

Menteri Luar China Dan Hungary Adakan Rundingan Dua Hala

12/02/2026 06:32 PM

BUDAPEST, 12 Feb (Bernama - CMG) -- China dan Hungary mempraktikkan  hubungan antarabangsa model baharu dengan , sentiasa saling menghormati, memberikan layanan sama rata antara satu sama lain, menjunjung prinsip saling menguntungkan dan sama menang, serta telah berjaya membina perkongsian strategik komprehensif sepanjang masa untuk era baharu.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata sedemikian ketika mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari Hungary, Peter Szijjarto di sini pada Rabu.

Wang menyatakan bahawa kedua-dua pihak diharap memperluas kerjasama dalam bidang-bidang baharu termasuk kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan sumber tenaga alternatif, untuk menyokong transformasi dan penaiktarafan perindustrian di negara masing-masing.

Menurut Wang, kerajaan China menyokong sektor korporat domestik melabur di Hungary, dan percaya Hungary mampu menyediakan layanan dan padanan perniagaan yang lebih baik dan sokongan yang lebih banyak dari segi dasar.

Sementara itu, rakan-rakan dari  Hungary dialu-alukan melakukan kunjungan ke China dengan memanfaatkan dasar bebas visa, untuk mendapat pendedahan secara langsung tentang pembangunan, kemajuan dan keterangkuman di negara kuasa besar di Timur ini.

Wang berkata sejak kewujudan hubungan diplomatik pada 50 tahun yang lepas, China dan Kesatuan Eropah telah mencapai hasil yang melimpah dalam kerjasama bilateral, yang dilihat sebagai bukti jelas bahawa China adalah rakan dan bukannya lawan dalam persaingan, sedangkan pembangunan China adalah peluang yang boleh dimanfaatkan dan bukannya dilihat sebagai potensi risiko.

Hungary diharap terus dengan aktif mendorong kerjasama antara China dengan negara Eropah Tengah dan Eropah Timur serta perkembangan hubungan China-Eropah.

Dalam pertemuan itu Szijjarto pula menyatakan bahawa Hungary amat bangga dengan keanggotaannya sebagai negara Eropah yang paling awal melibatkan diri dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan pembangunan bersama.

Beliau yakin laluan kereta api Hungary-Serbia yang bakal beroperasi, akan menyumbang kepada peningkatan kesalinghubungan serantau.

Szijjarto menyatakan bahawa Hungary menyokong Inisiatif Tadbir Urus Global yang disarankan Presiden Xi Jinping, bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan akan terus berusaha mendorong hubungan Eropah-China berkembang dengan sihat.

-- BERNAMA-CMG

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan