LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Projek baik pulih dan penyelenggaraan bernilai RM11.2 juta bagi Blok A dan B asrama pelajar perempuan, termasuk kerja-kerja berkaitan di Kolej Vokasional Labuan telah disiapkan hampir setahun lebih awal daripada jadual asal.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Labuan Mohd Faizul Ali Hanapiah berkata projek itu merangkumi pembinaan 32 bilik tidur untuk menempatkan 128 pelajar serta dua kuarters warden.
Beliau menyifatkan penyempurnaan projek 336 hari lebih awal daripada jadual sebagai bukti pengurusan projek yang cekap, selain hasil pemantauan rapi dan berterusan oleh pasukan JKR Labuan.
“Ini pencapaian bersejarah bagi projek pembangunan di Labuan,” katanya selepas menyerahkan projek tersebut kepada Timbalan Pengarah Rosli Sha'ban dari Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional, di sini hari ini.
Mohd Faizul berkata secara keseluruhan, lima projek penyelenggaraan pendidikan bernilai RM37.4 juta telah diluluskan di Labuan, dengan sebahagian besar projek sudah siap dan diserahkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial