AM

MBPP Laksana Pelan Pengurusan Trafik Sempena Cuti Sekolah, Tahun Baharu Cina

15/02/2026 08:33 PM

GEORGE TOWN, 15 Feb (Bernama) -- Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan melaksanakan pelan pengurusan trafik di kawasan dijangka mengalami kesesakan dan halangan lalu lintas serta kawasan tumpuan pelancong sepanjang cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan ` akan diaktifkan di beberapa lokasi tumpuan, iaitu Jalan Penang melibatkan tiga pos titik semak di Pasar Chowrasta, berhadapan simpang Lebuh Kimberly dan Lebuh Keng Kwee dari 10 pagi hingga 5 petang.

“Bukit Bendera melibatkan dua pos dari 12 tengah hari hingga 6 petang dan Air Itam iaitu kawalan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang melibatkan lima pos dari 4 petang hingga 11 malam,” menurut kenyataan itu hari ini. 

MBPP memaklumkan penutupan laluan masuk dari Lebuh Light ke Jalan Padang Kota Lama (berhadapan Town Hall) bermula 6 petang setiap hari bagi memastikan aliran trafik lancar bagi kenderaan keluar dari Padang Kota. 

Kawalan lalu lintas akan diadakan di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah di sebelah Dewan Sri Pinang dan rondaan trak tunda dilakukan dari 6 petang dengan tindakan terhadap kenderaan menyebabkan halangan akan dilakukan.

MBPP memaklumkan akan memanfaatkan penggunaan kamera kitar tertutup (CCTV) yang bertindak sebagai "intelligence eyes" untuk memantau dan melaporkan lokasi terlibat kesesakan agar supaya anggota dapat dikerahkan ke lokasi.

“Selain itu, semua projek dan kerja pembinaan di jalan utama dihentikan pada musim cuti persekolahan dengan MBPP menyediakan pasukan penyelenggaraan yang bersiap siaga 24 jam untuk menjalankan pembaikan dan menangani sebarang masalah yang mungkin timbul,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan