AM

Mangsa Banjir Di Sabah Berkurang, Semua PPS Di Paitan Ditutup

24/02/2026 04:26 PM

KOTA KINABALU, 24 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sabah yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurang kepada 2,432 orang setakat 4 petang ini berbanding 5,093 orang tengah hari tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan penurunan jumlah mangsa berkenaan disebabkan semua PPS yang menempatkan 2,071 mangsa di Paitan tengah hari tadi telah ditutup dan kesemua mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

"Jumlah mangsa banjir di Pitas juga telah berkurang kepada 2,187 orang berbanding 2,777 orang tengah hari tadi susulan keadaan banjir yang semakin pulih, manakala jumlah mangsa di Tawau kekal 245 orang," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan 47 kampung masih terjejas banjir di kedua-dua daerah berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan beberapa kawasan di pedalaman Sabah mengalami ribut petir petang dan malam ini dan orang ramai diminta untuk berhati-hati serta merancang perjalanan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan