AM

Waspada Akaun Media Sosial Palsu Guna "Suara" Agong

25/02/2026 01:39 PM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan pelbagai akaun video palsu di platform media sosial TikTok menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Royal Press Office memaklumkan kandungan akaun itu memaparkan suara Seri Paduka Baginda yang kononnya berkaitan bantuan kewangan kepada orang ramai sempena Ramadan.

“Orang ramai dinasihatkan berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammers untuk tujuan penipuan di platform media sosial.

Royal Press Office ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti satu kesalahan di sisi undang-undang,” menurut hantaran itu.

Semakan di TikTok mendapati terdapat dua video dimuat naik menerusi akaun yang menggunakan imej dan suara seakan-akan milik Sultan Ibrahim.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan